Konsep Taubat menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani

Muhamad Nazeri Bin Mohd Yusof, 150403090 (2018) Konsep Taubat menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Skripsi thesis, UIN Ar-Raniry Banda Aceh.

[thumbnail of Membahas tentang Taubat]
Preview
Text (Membahas tentang Taubat)
SKRIPSI LENGKAP.pdf - Published Version
Available under License Creative Commons Attribution.

Download (5MB) | Preview
[thumbnail of Form B dan Form D.pdf]
Preview
Text
Form B dan Form D.pdf

Download (950kB) | Preview

Abstract

Penelitian ini berjudul “Konsep Taubat Menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani” Pengertian konsep taubat banyak dibahaskan oleh ulama’ dengan pemahaman yang berbeda. Konsep-konsep taubat yang ditawarkan oleh para ulama ada yang bercorak falsafi, syar’I (fiqih), bahkan bercorak tawasuf. Di antara ulama yang membahas konsep taubat dengan corak tasawuf yakni Syeikh Abdul Qadir Al-jailani. Penelitian ini bertujuan untuk mengetahui konsep taubat yang sebenarnya menurut pandangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani; untuk mengetahui syarat-syarat dan tatacara taubat menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani; dan untuk mengetahui tujuan dan hikmah taubat menurut Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani. Penelitian ini merupakan penelitian kualitatif yang bersifat perpustakaan (Library Research). Sedangkan metode pendekatan yang digunakan adalah metode deskriptif. Berdasarkan hasil penelitian ditemukan bahwa, konsep taubat dalam pandangan Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani adalah lebih bercorak tasawuf yakni lebih kepada menutup pintu-pintu dosa yang dilakukan pada masa lalu dan akan menutup berlakunya dosa pada masa akan datang. Kedudukan taubat pada tingkat awal dan akhir, tidak boleh ditinggalkan oleh seorang Salik, harus sentiasa dipegang teguh hingga mati. Jika dia naik ke tingkat lain, boleh sahaja dia naik, tetapi harus diikuti dengan taubat. Maka taubat adalah awal dan akhir, bahkan keperluan taubat di akhir lebih diperlukan, seperti halnya diperlukan pada tingkat awal. Di samping itu, tujuan dan hikmah taubat, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani membahaskan tentang hikmah dan tujuan taubat yaitu implikasinya terhadap kehidupan kita baik jasmani mahupun rohani, di dunia mahupun di akhirat, dan juga berpengaruh terhadap spiritual kita. Karena, apabila taubatnya diterima oleh Allah SWT, hatinya akan menjadi tenang. Dan di dalam konsep taubat, Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani telah menggariskan beberapa syarat dan tatacara taubat untuk dijadikan sebagai panduan kepada mereka yang ingin bertaubat kepada Allah SWT dengan cara taubat yang sebenar-benarnya. Dengan adanya penulisan ini, semoga menjadi bahan bacaan para pembaca sebagai pedoman kepada masyarakat dalam melaksanakan perintah taubat kepada Allah SWT. Karena taubat merupakan masalah yang wajib dilakukan oleh manusia untuk mendapat keampunan Allah SWT, maka hendaklah kajian yang lebih mendalam tentang taubat dilakukan agar setiap orang merasakan betapa taubat itu adalah sesuatu perkara yang penting bukan hanya untuk kehidupan akhirat, tetapi juga untuk kehidupan dunia. Karena taubat memberi kesan yang sangat positif kepada jiwa manusia karena dengan taubat jiwa manusia akan merasa lebih tenang dan lebih dekat kepada Allah SWT.

Kata kunci: “Taubat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani”

Item Type: Thesis (Skripsi)
Additional Information: Pembimbing: 1. Drs. Maimun Ibrahim, M.A. 2. Maimun Fuadi, S.Ag, M.Ag.
Uncontrolled Keywords: Kata kunci: “Taubat Syeikh Abdul Qadir Al-Jailani”
Subjects: 200 Religion (Agama) > 297 Islam > 2X3 Aqaid dan Ilmu Kalam > 2X3.1 Iman Kepada Allah > 2X3.17 Taubat
Divisions: Fakultas Dakwah dan Komunikasi > S1 Manajemen Dakwah
Depositing User: Users 2688 not found.
Date Deposited: 06 Mar 2018 09:21
Last Modified: 06 Mar 2018 09:21
URI: https://repository.ar-raniry.ac.id/id/eprint/2690

Actions (login required)

View Item
View Item